Tuesday, July 21, 2009

interview RUANE TATI

alhamdulillah sy selesai menjalani temuduga untuk mengikuti kursus ultrasonic testing yang dianjurkan oleh ruane tati tajaan TESDEC. kedatangan semua calon adalah lebih kurang 50 orang dan tempat yang ditawarkan adalah 10 org.

sementara menunggu mase temuduga, saya sempat sembang ngan bercakap dgn calon lain. sambil2 beborak sambil tgk2 sijil. tengah2 belek sijil tu, ternapok surat sokongan untk seorang calon yang dikeluarkan oleh orang politik. jd terfikr dalam kepala adakah surat tu mempengaruhi keputusan temuduga yang dijalankan? teluskan proses pemilihan yang dilakukan? Tp x dinafikan hakikat untuk mendapatkan peluang atau pekerjaan di malaysia adalah menggunakan kabel

Tuesday, July 14, 2009

pilihanraya Manek Urai

Hari ini pilihanraya kecil DUN manik urai akan berlangsung. Pas vs Umno= Melayu vs Melayu = Islam vs Islam. Mesti suasana hangat di hari pengundian. berdasarkan pengalaman saya mengikuti perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, dapat saya bayangkan kemeriahan dan kehangatan pilihanraya tersebut. Berdasarkan pengamatan saya sepanjang pilihanraya tersebut, faktor kekalahan umno dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu adalah seperti berikut:

1) Calon umno yang dipilih untuk mewakili parti tidak disenangi oleh penyokong Umno sendiri walaupun beliau adalah ketua umno bahagian Kuala Terengganu. Jelaslah disini bahawa walaupun seseorang itu menang sebagai ketua bahagian, belum tentu dia terkenal dikalangan rakyat. Ini dapat dilihat daripada kemenangan Allahyarham Dato' Razali b Ismail dalam pilihanraya umum ke 12 walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam umno bahagian. Kemenangan beliau adalah kerana ketokohan yang dimiliki dan beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh serta memiliki hubungan baik dengan rakyat walaupun berbeza parti politik. Walaupun umno tewas 3 daripada 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu tetapi allahyarham masih mampu memenangi kerusi Parlimen tersebut.Kematian beliau adalah satu kehilangan permata yang berharga kepada negeri Terengganu terutamanya jasa beliau mengangkat martabat pendidikan Terengganu ke tahap tertinggi.

2) Rakyat sudah muak dengan projek mi segera. Apabila berlaku pilihanraya kecil, pelbagai projek mi segera dilaksanakan untk menarik undi rakyat. Saya dapat lihat jalan-jalan yang masih elok di Kuala Terengganu di tar semula. Adalah lebih baik jika duit itu digunakan untuk menurap jalan-jalan yang masih teruk di tempat lain di Terengganu.

3) Tawaran jawatan timbalan menteri akan diberikan kepada calon UMNO jika memenangi pilihanraya tersebut gagal menarik perhatian rakyat. Tawaran itu seolah-olah satu lawak jenaka kerana calon yang bertanding atas tiket umno memang seorang timbalan menteri. Jika ditawarkan jawatan Perdana Menteri, mungkin rakyat Kuala Terengganu ghairah untuk menyokong calon UMNO. Disebabkan kekalahan umno di Kuala Terengganu, tinggalah seorang Menteri daripada Terengganu yang berada dalam kabinet kerajaan Malaysia.

4) Kempen yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat lebih berjaya menarik perhatian rakyat. Semangat penarik undi bagi pakatan rakyat adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan barisan nasional. Sesetengah penarik undi BN adalah umpama pahat dengan penukul. sekali duit diberikan, sekali kerja berjalan. Berbeza dengan penyokong PR yang saya lihat begitu bersemangat terutamanya semasa hari pengundiaan. Mereka yang bermotor membawa bendera PR dan bendera BN tidak kelihatan dibawa.


Pilihanraya kecil ni adalah adalah berbeza dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Jika di Permatang Pauh, pengundinya adalah daripada pelbagai kaum. Di Kuala Terengganu majoriti pengundinya adalah melayu dan duduk di bandar. Di manek urai, majoritinya adalah pengundi melayu dan duduk di luar bandar. Jadi keputusan pilihanraya kecil lepas sukar untuk dijadikan ukuran untuk keputusan pilihanraya ini. Apa-apa pun, keputusan pilihanraya ini akan menjadi kayu pengukur tentang sokongan rakyat sempena 100 hari pemerintahan PM yang baru.

Pelbagai isu dimainkan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Antaranya isu royalti minyak dan pembangunan. Saya berpendapat jika isu royalti minyak ini berjaya dimainkan dengan berkesan oleh PR, harapan mereka untuk memenangi pilihanraya ini adalah cerah kerana rakyat Kelantan ini terkenal memiliki semangat kenegerian yang begitu tinggi. Orang yang merasa ditindas akan bangkit untuk mempertahankan hak mereka sebagaimana harimau yang tercedera adalah lebih garang daripada biasa. Mana-mana parti yang berjaya memikat golongan muda, akan berjaya memenangi pilihanraya ini.

Keputusan pilihanraya akan diketahui seawal jam 8 mlm ni. Saya mengharapkan sesiapa yang memenangi pilihanraya ini menjadi seorang wakil rakyat yang berkarisma. Ahli politik hendaklah bersikap matang di mana semua rakyat di kawasannya hendaklah dibantu walaupun berbeza parti politik kerana semua rakyat adalah pembayar cukai. Dalam konsep bernegara ini, semua rakyat perlu mendapat hak masing2 walaupun mereka tidak menyokong pemimpin tersebut. Selaras dengan tuntutan Islam yang menkehendaki penganutnya berlaku adil sebagaimana diturunkan dalam Al-Quran

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.


Pemimpin juga hendaklah sedia ditegur oleh rakyat. Politik di Malasia hari ini belum matang kerana sesiapa yang menegur kerajaan akan dikatakan pro pembangkang dan sesiapa yang menegur pembangkang akan dikatakan pro kerajaan. Pemimpin hendaklah brfikiran terbuka dan sedia mendengar teguran dan kritikan.